Menu
Fiqah ketenteraan Islam Pembangunan perundanganPerundangan Islam berasaskan dua punca utama yakni al-Qur'an dan Hadis. Dalam al-Qur'an sendiri terdapat beberapa ayat yang digunakan sebagai 'dalil', yang bermaksud bukti atau pedoman.
Al-Qur'an ada memberikan alasan atau sebab musabab seorang Muslim itu harus berperang:
Selain itu terkandung juga Perintah Allah berkaitan kewajipan seorang Muslim berperang:
“Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu dan (ingatlah), Allah jualah yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”[al-Quran 2:216 (Basmeih)]
“Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka: Tahanlah tangan kamu (daripada bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan) dan dirikanlah solat serta berikanlah zakat. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka (merayu kepada Allah dengan) berkata: Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang singkat (iaitu akhir hayat kami)? Katakanlah (wahai Muhammad): Harta benda yang menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap) dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertakwa (kerana ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya) dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit pun.”[al-Quran 4:77 (Basmeih)]
Al-Quran juga memperincikan tentang hukum berperang dalam bulan-bulan tertentu:
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) berperang dalam bulan yang dihormati. Katakanlah: Peperangan dalam bulan itu adalah berdosa besar, tetapi perbuatan menghalangi (orang-orang Islam) dari jalan Allah dan perbuatan kufur kepadaNya dan juga perbuatan menyekat (orang-orang Islam) ke Masjidil Haram (di Mekah), serta mengusir penduduknya dari situ, (semuanya itu) adalah lebih besar lagi dosanya di sisi Allah dan (ingatlah), angkara fitnah itu lebih besar (dosanya) daripada pembunuhan (semasa perang dalam bulan yang dihormati) dan mereka (orang-orang kafir itu) sentiasa memerangi kamu hingga mereka (mahu) memalingkan kamu dari agama kamu kalau mereka sanggup (melakukan yang demikian) dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari agamanya (agama Islam), lalu dia mati sedangkan dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat dan mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya (selama-lamanya).”[al-Quran 2:217 (Basmeih)]
Orang Islam diPerintah agar tidak gentar menghadapi musuh:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir yang sedang mara menyerang, maka janganlah kamu berpaling undur dari menentang mereka.
Dan sesiapa berpaling undur dari menentang mereka pada ketika itu kecuali dia bergerak ke arah lain (untuk menjalankan tipu muslihat) peperangan atau hendak menyatukan diri dengan pasukan yang lain, maka sesungguhnya dia tetaplah mendapat kemurkaan dari Allah dan tempatnya ialah Neraka Jahannam; sedang Neraka Jahannam ialah seburuk-buruk tempat kembali.”[al-Quran 8:15-16 (Basmeih)]
Surah At-Taubah menurunkan Perintah Allah supaya memerangi pemimpin yang mencabuli sumpah janji:
“Dan jika mereka mencabuli sumpahnya sesudah mengikat perjanjian setia dan mereka pula mencela agama kamu, maka perangilah ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin kaum yang kafir itu, kerana sesungguhnya mereka tidak menghormati sumpah janjinya, supaya mereka berhenti (dari kekufuran dan bertaubat).
Mengapa kamu tidak memerangi suatu kaum yang telah mencabuli sumpah janjinya, dan mereka pula telah berazam hendak mengusir Rasulullah dan merekalah juga yang mula-mula memerangi kamu? Tidak patut kamu takut kepada mereka (sehingga kamu tidak mahu memeranginya) kerana Allah jualah yang berhak kamu takuti (melanggar perintahNya), jika betul kamu orang-orang yang beriman?
Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyeksa mereka dengan (perantaraan) tangan kamu dan Allah akan menghinakan mereka serta menolong kamu menewaskan mereka dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman.”[al-Quran 9:12-14 (Basmeih)]
Menu
Fiqah ketenteraan Islam Pembangunan perundanganBerkaitan
Fiqah Fiqah ketenteraan Islam Fiqah jenayah Fiqah Ja'fari Fiqah al-Akbar Fiq Halim Fikah Islam Dalam Pembangunan Tamadun Islam Fiza Halim Fikah Luar Negara Fikah Itu Memang Best!Rujukan
WikiPedia: Fiqah ketenteraan Islam http://books.google.com/books?vid=ISBN1428910395&i... http://www.huffingtonpost.com/kabir-helminski/does... http://islamqa.com/index.php?ref=13241&ln=eng http://www.quranandwar.com/ http://www.understanding-islam.com/related/sscateg... http://wolfpangloss.files.wordpress.com/2008/02/ma... http://www.rissc.jo/index.php/english-publications... http://www.iium.edu.my/deed/hadith/bukhari/index.h... http://www.iium.edu.my/deed/hadith/muslim/031_smt.... http://www.iium.edu.my/deed/hadith/muslim/index.ht...